ASUS ZenFone 3 Max Dan ZenFone Live Diturunkan Harga

Bersempena perayaan Deepavali dan lanjutan dari promosi #MyCyberSale di Lazada. ASUS Malaysia hari ini mengumumkan penurunan harga dua buah model iaitu ZenFone 3 Max dan ZenFone Live. Tawaran menarik ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang sedang mencari telefon pintar terbaru.

ZenFone 3 Max (ZC520TL) dilengkapi dengan bateri berkapasiti 4,100mAh yang mampu bertahan sehingga 30 hari masa menunggu manakala, 20 jam untuk masa berbual dan 20 jam masa melayari internet menggunakan WiFi. Ia hadir dengan kamera utama 13 Megapiksel dan 5 Megapiksel di depan bersama paparan 5.2 inci 1280 x 720p.

Memori dimuatkan dengan RAM 3GB dan storan seluar 32GB juga menyokong kad microSD. Kelebihan peranti ini ialah ia boleh menjadi powerbank pengecasan pantas untuk mengecas peranti yang lain.

ZenFone Live (ZB501KL) pula didatangkan dengan teknologi beautification berupaya untuk mengoptimumkan rakaman semasa membuat video secara langsung. Ia juga menyediakan dua mikrofon untuk mengurangkan bunyi bising dalam persekitaran malah meningkatkan dapat kualiti suara. Selain itu, ia menerima skrin bersaiz 5 inci dengan paparan beresolusi 1280 x 720p dibantu RAM 2GB dan storan 16GB yang boleh diperluaskan.

ASUS ZenFone 3 Max dan ZenFone Live dijual dengan tanda harga RM699 dan RM499 sebuah. Anda boleh dapatkannya di laman e-dagang Lazada bermula hari ini.

You might also like