vivo Y69 Dibawa Masuk Ke Pasaran Tempatan Pada Harga RM999

vivo Malaysia mengembangkan pasaran mereka dengan memperkenalkan vivo V69 ke pasaran tempatan. Telefon pintar kelas pertengahan ini menambah model vivo yang sedia ada dengan menawarkan peranti pada harga RM999 seunit.

Peranti ini hadir dengan skrin IPS LCD 5.5 inci HD dengan resolusi paparan 1280 x 720p. Dioperasikan oleh Android 7.0, ia turut dijana oleh bateri sebesar 3,000mAh dan cip pemproses MediaTek MT6750. Dbantu pula dengan memori RAM 3GB dan storan seluas 32GB, ia juga menyokong dwi kad SIM serta satu slot kad untuk microSD.

Lensa penggambaran pula dibekalkan dengan kamera utama 16 Megapiksel f/2.0 dan 13 Megapiksel f/2.2 di bahagian depan. Peranti ini menyediakan ciri Selfie Softlight bagi melengkapkan pengalaman rakaman. Selain itu, terdapat sensor pengimbas cap jari di bahagian dagu depan, fungsi WiFi, GPS, HotSpot, dan Bluetooth turut sama disertakan.

Untuk mendapatkannya, vivo Y69 mula dijual pada 13 Oktober depan di kebanyakan pengedar sah vivo seluruh negara. Di samping itu, setiap pembelian menerusi Lazada akan menerima tumbler air vivo edisi terhad secara percuma.

Spesifikasi :

  • Paparan : 5.5 Inch HD IPS 1280 x 720 resolution w/ 2.5D curved glass and Gorilla Glass 3 protection at 267 ppi
  • CPU: 1.5 GHz 64 Bit MT6750 octa core processor
  • GPU: Mali T860
  • RAM: 3 GB
  • ROM: 32 GB (sehingga 256 GB)
  • Kamera Utama: 13 MP f/2.2 S5K3L8 w/ AF dan dual tone LED flash
  • Kamera Selfie: 16 MP f/2.0 S5K3P3ST w/ softlight flash
  • Bateri: 3,000 mAh
  • OS: Android 7.0 Nougat OS dengan FunTouch OS 3.2
  • Sambungan: WiFi, LTE w/ VoLTE, Bluetooth 4.2, OTG, GPS, A GPS, dual SIM
  • Keselamatan: Fingerprint sensor
  • Warna: champagne gold, matte black
  • Sensor: Accelerometer, light, orientation, proximity, gyroscope, sound, magnetic
  • Dimensi: 154.6 x 75.7 x 7.7 mm
  • Berat: 162.8 g
You might also like