Agen Maya Pintar – Saluran Perkhidmatan Terkini Dari Celcom

(Dari kanna) Michael Kuehner, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad dan K. Raman, Pengarah Urusan, Microsoft Malaysia menandatangani memorandum persefahaman untuk bekerjasama dalam perkongsian strategik antara Celcom dan Microsoft Malaysia.

Dalam usaha memberi saat dan pengalaman pelanggan yang hebat, Celcom dengan bangganya memperkenalkan saluran perkhidmatan terkini iaitu Agen Maya Pintar. Perkhidmatan Agen Maya Pintar Celcom ini menggabungkan kecanggihan Kecerdasan Buatan (AI) dan teknologi Machine Learning untuk melahirkan dua karakter – Clive dan Emma dengan personaliti masing-masing yang akan berinteraksi dengan pelanggan berkenaan pertanyaan dan transaksi dalam 24 jam sehari.

René Werner, Ketua Perkhidmatan dan Pengalaman Pelanggan Celcom Axiata Berhad berkata, “Clive dan Emma merupakan kaedah yang lebih menarik dalam memberikan khidmat dan berinteraksi dengan pelanggan sepanjang waktu melalui Online Care Web dan tidak lama lagi Media Sosial. Clive dan Emma bukan hanya berkhidmat sepanjang masa, mereka juga mampu memberi tindakbalas segera bagi sebarang permintaan.”

Ciri Machine Learning Microsoft membolehkan Clive dan Emma mengenalpasti soalan secara automatik melalui sistem berasaskan pengetahuan yang menambahbaik keberkesanannya dari masa ke semasa. Clive dan Emma juga diintegrasi dengan Language Understanding Intelligent Service (LUIS) Microsoft, dan akan menggunakan teknologi pembelajaran diperkukuh bagi kemas kini dan penambahbaikan berterusan. Ia menghasilkan pengalaman perbualan yang lebih semulajadi berbanding interaksi biasa yang statik dan berpandukan skrip yang sedia ada.

Michael Kuehner, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad berkata AI merupakan antara perkara terpenting yang sedang dibangunkan manusia, dan mempunyai potensi untuk pelbagai faedah yang bakal kita lihat.

Mulai hari ini, Clive dan Emma akan berada di Online Customer Service Celcom dan memberikan maklumbalas yang cepat dan menarik kepada pelanggan, serta transaksi harian pelanggan seperti :

  • Prabayar – memeriksa baki dan tambah nilai, penggunaan data, perkhidmatan nilai tambah dan internet mudah alih.
  • Pascabayar – Memeriksa perincian bil, membayar bil, memeriksa penggunaan data, perkhidmatan nilai tambah dan internet mudah alih.
  • Soalan Lazim utama dan cadangan pelan
  • Perayauan Data dan suara
  • Memeriksa rakan perayauan
  • Perbualan ringan dan karakter
  • Keupayaan untuk menyerahkan panggilan kepada agen sebenar
K. Raman, Pengarah Urusan, Microsoft Malaysia memberitahu pada sidang media bahawa asas AI yang dibangunkan oleh Microsoft seperti penglihatan komputer, pengenalan suara dan pengetahuan seharusnya disediakan kepada semua golongan agar mereka dapat membangunkan sendiri solusi berasaskan AI.

Celcom dan Microsoft (Malaysia) Sdn Bhd juga menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) untuk bekerjasama secara strategik dalam empat perkara iaitu Pengunaan Teknologi Baru, Pemasaran Bersama bagi Perniagaan Kecil dan Sederhana, Penyelesaian Tempat Kerja Moden, dan Aktiviti Merekrut Bersama.

 

 

 

You might also like