Adobe Photoshop Lightroom Dikemaskini Dengan Fungsi HDR RAW

Fail gambar format RAW memberikan kualiti imej terbaik kerana ia tidak melalui sebarang proses mampatan. Fail format ini menjadi pilihan para jurugambar kerana ia membolehkan mereka menala dan memanipulasi imej dengan lebih baik lagi. Kehebatan kamera dan spesifikasi smartphone pada masa kini pula membolehkan fail RAW ditangkap pada peranti yang sentiasa bersama kita ini.

Pada masa yang sama, Adobe mahu kekal inovatif dengan meluaskan lagi fungsi dan kebolehan aplikasi mereka. Kemas kini Adobe Photoshop Lightroom versi 2.3 membawakan fungsi “Authentic HDR” di mana anda akan menangkap imej HDR di dalam format RAW DNG yang jelas dan akan memberikan kualiti imej yang jauh lebih baik dari gambar HDR di dalam format JPEG.

Walau bagaimanapun, fungsi ini hanya ditawarkan buat beberapa peranti sahaja buat masa kini. Menurut Adobe, oleh kerana fungsi ini menggunakan kuasa pemproses yang tinggi, ia hanya boleh digunakan pada peranti Samsung Galaxy S7, Samsung Galaxy S7 Edge, Google Pixel dan Google Pixel XL. Manakala bagi peranti iOS, fungsi ini hanya ditawarkan pada model yang menyokong format DNG seperti iPhone 6s, 6s Plus, 7, 7 Plus, iPhone SE or iPad Pro 9.7 inci.

You might also like