
realme juga tidak mahu ketinggalan apabila bakal melancarkan realme 7i bagi pasaran tempatan pada 13 Oktober ini.

Seperti yang diketahui, peranti ini hadir dengan skrin 6.5″ IPS LCD dan disertakan dengan pemproses yang baik iaitu SNapfdragon 662 dan dipadankan dengan 8GB RAM dan storan sebesar 128GB. Bateri juga sangat baik apabila disertakan dengan 5000mAh (pengecasan pantas 18E) dan kamera utama 64MP.
Jadi, sama-sama kita nantikan kehadiran peranti ini di pasaran tidak lama lagi!!

