
U Mobile sentiasa menghargai pelanggannya dengan memperkenalkan kalendar konsert ‘Unlimited Ideas Groove Calender’ yang akan menganjurkan empat buah konsert terdiri daripada Upfront, Urbanscapes, Good Vibes Festival termasuklah Ed Sheeran Malaysia Tour. Promosi menarik telah disediak khusus bagi para pelanggan U Mobile yang berminat.
Dalam pada masa yang sama, untuk pesta muzik U Mobile Urbanscapes yang berlansung bertemakan #RediscoverKL kali ini, ia menyediakan persembahan seni dan muzik termasuk Clean Bandit, Mew, Yellow Fang, KyotoProtocol.
Dalam pesta ini, anda boleh dapatkan tawaran eksklusif seperti:-
- Tawaran harga tiket Early Bird – boleh dinikmati oleh pelanggan U Mobile dengan menebus melalui aplikasi MyUMobile.
- Barangan eksklusif UMobile Urbanscpaes – sementara stok masih ada.
- Diskaun Grab – potongan RM15 kepada mereka yang menaiki dari atau ke lokasi Urbanscapes seperti Urbanscapes House @ 2 Hang Kasturi, KL Live dan The Bee, Publica. Setiap pelanggan boleh menebus 2 tunggangan sehari dari 5 Mei sehingga 21 Mei 2017. Boleh didapati di dalam aplikasi MyUMobile.
- Menyediakan tempat mengecas peranti dan Photo Wall untuk berswafoto.
- U Munchies – promosi makanan dan minuman di mana boleh didapati di papan tanda “U Munchies” yang dipaparkan. Promosi di U Munchies boleh ditebus di dalam aplikasi MyUMobile.
Pesta muzik U Mobile Upfront pula membawakan London Based-duo, Oh Wonder pada 19 Julai 2017 di The Bee, Publica. Jika sebelum ini menampilkan The Temper Trap, Grimes, The Vaccines. Selain itu, di Good Vibes Festival anda berpeluang untuk mendapatkan tiket giveaways, juga tiket masuk ke festival pada harga yang istimewa. Seterusnya, pelanggan U Mobile boleh mendapatkan pas eksklusif di mana pelanggan boleh melihat persembahan artis dan selebriti di belakang pentas.
Untuk keterangan lanjut mengenai pesta Good Vibes Festival dan Ed Sheeraan Malaysia Tour, anda boleh layari U Mobile yang mana akan dilancarkan pada bulan Jun 2017 nanti.