
Peranti Google Bakal Hadir Dengan Cip Pemproses Exynos?
Mesti anda semua sedia maklum bahawa, cip pemproses Exynos ini dihasilkan oleh Samsung dan hadir pada peranti-peranti keluarannya. Namun sesuatu yang agak mengejutkan apabila, Samsung bakal menghasilkan cip Xynos untuk peranti Google?
Terkejut kan!!! Dikatakan cip ini hadir dengan binaan 5nm LPE dan disertakan dengan dwi-teras Cortex- A78 CPU, dwi-teras Cortex-A76 CPU dan disertakan dengan empat-teras Cortex-A55 CPU.
Lebih menarik bahawa ia dikatakan bakal hadir dengan Mali MP20. Google berkemungkinan akan menggunakan NPU dan cip ISP buatan mereka sendiri.
Cip pemproses ini dikhabarkan agak hadir pada tahun ini. Namun kesahihannya belum dapat dipastikan. Jadi sama-sama kita nantikan!