DBKL Memperkenalkan Aplikasi eDrive – Dapat Memantau Keadaan Lalu Lintas

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bukan sahaja menawarkan anda tiket saman, malah mereka kini memperkenalkan satu aplikasi yang diberi nama eDrive DBKL. Aplikasi yang sudah boleh dimuat turun ini memudahkan para pengguna untuk memantau keadaan lalu lintas di serata Kuala Lumpur.

Pengguna boleh menonton rakaman CCTV yang diletakkan di jalan-jalan raya sekitar Kuala Lumpur secara langsung selain jalan raya yang sedang dinaik taraf atau penutupan. Aplikasi ini juga menyediakan ruangan aduan pengguna seperti masalah jalan rosak atau sebagainya.

Ketiadaan parkir kereta di bandaraya metropolitan ini sering menjadi perkara utama, oleh itu, eDrive juga menawarkan kemudahan melihat kekosongan pada petak parkir.

Jika anda berasa aplikasi ini membantu anda memandu di Kuala Lumpur, anda boleh memuat turun aplikasi eDrive di App Store dan Google Play mulai hari ini.

Peringatan!!!

Aplikasi ini masih di dalam status percubaan…

You might also like