

Sebelum ini kita telah diperkenalkan dengan Huawei Nova 2i, seperti yang dijadualkan peranti ini akan mula dijual bermula esok, 13 Oktober 2017. Ia akan berlangsung di Huawei Experience Store pusat membeli-belah Pavilion Elite, Kuala Lumpur.
Dalam promosi ini, Huawei akan memberikan cenderahati kepada 100 pembeli terawal. Ia merupakan sebuah kotak hadiah Nova 2i dan sebuah smart band kesemuanya bernilai RM898.
Selain itu, Huawei juga akan menampilkan Duta siri Nova iaitu Hannah Delisha untuk memeriahkan lagi majlis. Malahan, kepada 10 pembeli terawal, mereka berpeluang untuk berswafoto bersama Hannah Delisha disamping membawa pulang sekeping gambar kenangan.


Huawei Nova 2i dilengkapi dengan empat kamera, dua di belakang dan dua di depan. Pengalaman hiburan pula dipadankan dengan paparan dengan nisbah 18:9 bersaiz 5.93 inci FullView Display. Dikuasakan oleh cip pemproses Kirin 659, peranti ini turut dioperasikan bersama EMUI 5.1 serta Android 7.0 Nougat.
Peranti ini akan dijual pada harga RM1,299 dengan pilihan warna Graphite Black, Prestige Gold, dan Aurora Blue. Untuk maklumat lanjut sila layari Facebook rasmi Huawei Malaysia hari ini.

