Honor Akan Perkenalkan Peranti ‘Berbaloi’ Bulan Ini

honor Malaysia hari ini mengumumkan mereka akan memperkenalkan sebuah peranti yang direka khusus untuk menepati kehendak rakyat Malaysia. Honor juga menyatakan peranti yang akan diperkenalkan pada bulan ini akan dijual pada harga yang kompatitif malah kualiti binaan juga tidak dikecualikan.

Honor sedar bahawa kebanyakan rakyat Malaysia lebih tertumpu untuk membeli telefon pintar pada harga yang rendah. Untuk mengekalkan momentum yang honor capai sehingga kini, mereka akan memastikan pengguna akan menikmati keupayaan peranti setara dengan peranti kelas atasan dari jenama lain.

Telefon pintar ini akan akan hadir dengan kerangka unibodi logam bersama kemasan sandblasting serta pengimbas cap jari pelbagai guna. Untuk mendapatkan bayangan selanjutnya, boleh layari Facebook rasmi honor Malaysia.

You might also like