ASUS ZenFone 3 Deluxe Mendapat Kemas Kini Terbaru – Meningkatkan Lagi Prestasi Kamera

Mungkin ada di antara anda yang masih tidak berpuas hati dengan kebolehan serta prestasi peranti ASUS ZenFone 3 Deluxe. Oleh itu, ASUS telah mengeluarkan satu kemas kini versi 5.15.44.2494 yang membawakan peningkatan prestasi pada kamera dan kestabilan pada ZenUI.

Selain itu, ia turut menyelesaikan isu dan mengemas kini fungsi sambungan Bluetooth. Seperti biasa, untuk mengemas kini secara OTA, ia akan mengambil masa beberapa hari lagi sebelum dipaparkan pada telefon anda.

You might also like