
Ada satu berita menarik bagi peminat peranti pintar HONOR apabila siri HONOR 30 dikhabarkan bakal tampil dengan 3 cipset HiSlilicon iaitu Kirin 820, Kirin 985 dan Kirin 990 5G.
Menurut laporan daripada GSMARENA, HONOR 30 Pro ini dikatakan bakal tampil dengan Kirin 990 5G dan dipadankan dengan 12GB RAM dan disertakan dengan kamera yang berkuasa iaitu 50MP bagi kamera utama.
Bagi HONOR 30 pula, ia dikatakan bakal hadir dengan cip pemproses Kirin 985 dan hadir dengan kamera utama 40MP. skrin juga sangat baik apabila berkemungkinan ia hadir dengan dengan 6.57” AMOLED display.
JAdi sama-sama kita nantikan kehadiran siri HONOR 30 ini pada 15 April ini!!