Lupakan Hasrat Untuk Melihat Telefon Boleh Lipat Dari Samsung
Samsung sebelum ini memberitahu bahawa mereka akan mengeluarkan telefon yang boleh dilipat pada 2019 tetapi kenyataan itu pula dinafikan oleh Ketua Jurutera Samsung Display, Kim Tae-Woong sendiri bahawa pihak Samsung tidak mahu tergopoh-gopoh untuk mengeluarkan produk tersebut secara komersial malah masih ada cabaran teknikal dalam pembinaan tersebut.
Ujar Kim lagi, mereka akan meneliti projek pembangunan skrin boleh lipat ini supaya ia boleh diperkenalkan secara meluas kelak. Dalam pada masa yang sama, Kim berkata jangka masa 2 tahun akan datang paparan boleh dilipat pada satu bahagian berkemungkinan berlaku.
Penganalisis dari Korea, Chung Wong Seok berkata Samsung Display menguasai 20% keuntungan dengan teknologi paparan Egdeless OLED mereka, malah apabila permintaan kepada paparan tanpa bezel menurun kelak Samsung akan memperkenalkan paparan boleh lipat ini secara meluas.

