

Boleh dikatakan setiap masa anda menaip mesej di dalam aplikasi WhatsApp, tidak kira menyampaikan atau menerima mesej berkenaan hal kerja atau berkongsi berita terkini sesama kenalan.
Menempelkan emoji pada setiap penghujung perkataan sudah menjadi perkara yang wajib dilakukan. Ia secara tidak langsung akan memberi efek yang lebih berkesan bukan? Jadi, untuk memastikan anda semua tidak berasa bosan, WhatsApp hari ini telah mula mengeluarkan satu kemas kini yang membawakan perubahan pada emoji-nya.

Kini, wajah-wajah emoji dilihat lebih 3-dimensi dan lebih terperinci sekaligus, pengalaman menggunakan emoji akan berasa lebih nyata. Buat masa ini, hanya segelintir pengguna yang sudah menerima versi beta ini. Untuk pengguna umum, jangan risau kerana ia akan diperkenalkan tidak lama lagi.

