
Intel SSD 10 TB Adalah Satu Kemungkinan
Cip terbaru dari Micron membolehkan Intel melakukan proses naik taraf major terhadap pengeluaran SSD mereka. Micron merupakan syarikat yang bertanggungjawab menghasil dan mengedarkan 3D NAND flash dalam kuantiti yang besar. Flash chip yang dihasilkan Micron membolehkan SSD bersaiz 2.5 inci menampung saiz stor sehingga 10 TB.
Buat masa sekarang, stor terbesar SSD Intel adalah 4 TB dan dengan perkembangan terbaru ini, kita bakal melihat SSD yang lebih besar kapasitinya pada masa akan datang. Intel masih belum memberikan apa-apa pengumuman tentang bilakah generasi baru SSD tersebut akan dilancarkan.

