
Awas! Serangan Mazar Malware Pada Peranti Android
Sebuah syarikat teknologi sekuriti dari Denmark (Heimdal) telah mengesan penyebaran malware berbahaya yang dikenali sebagai Mazar pada ekosistem Android. Malware tersebut disebarkan melalui khidmat pesanan ringkas dan ianya menyerang administrator rights pada smartphone dan melakukan proses panggilan, teks dan format peranti secara automatik, sekaligus menyebabkan kerugian data dan informasi kepada pemilik peranti.
Satu lagi informasi menarik tentang Mazar adalah malware ini tidak akan menyerang peranti yang menggunakan tetapan bahasa Rusia. Menurut Heimdal, anda juga boleh mengelakkan virus itu dari menyerang peranti anda dengan memastikan anda tidak membuka pautan multimedia yang mencurigakan.

