Samsung Memperkenalkan Galaxy S7 & Galaxy S7 edge dengan Pilihan Warna Merah Jambu Emas

SamsungSamsung hari ini telah menambah satu lagi variasi warna baru untuk smartphone terbaru mereka iaitu Galaxy S7 dan juga Galaxy S7 edge. Kini ia hadir dalam pilihan warna merah jambu emas (Pink Gold) dan telah mula dijual di Korea Selatan.

Selain daripada warnanya, pihak Samsung masih mengekalkan spesifikasi asal termasuk sokongan kalis air, kebolehan menambah memori dalaman microSD sehingga 128GB serta penggambaran pantas dan cantik menggunakan lensa belakang beresolusi 12 Megapiksel.

Pihak Samsung memberitahu, Galaxy S7 edge akan ditawarkan di beberapa buah negara tetapi tidak pula diberitahu negara mana. Selain warna merah jambu emas, kedua-dua smartphone ini hadir dengan warna Black Onyx, Gold Platinum, White Pearl dan Silver Titanium. Untuk pengetahuan pembaca, Samsung Galaxy S7 edge telah mula dijual di pasaran tempatan pada Mac 2016 dengan harga RM3,099.

You might also like