Smartphone Pertama Tanpa Audio Jack, dan Ia Bukannya Dari Apple!

20160420_150535Kita telah mendengar desas desus bahawa Apple akan berhenti menghasilkan iPhone yang mempunyai fungsi audio jack. Banyak spekulasi yang telah dikeluarkan, antaranya adalah iPhone 7 bakal menggunakan bluetooth dan lighting port sebagai sambungan audio yang utama. Berita tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi dari pengguna dan kita semua ternanti-nantikan kebenaran sama ada iPhone 7 benar-benar hadir tanpa audio jack.

Di dalam penantian tersebut, secara tiba-tiba syarikat teknologi China muncul dengan 3 model smartphone tanpa audio jack. Nama LeEco mungkin masih belum dikenali, namun dengan pengenalan Le 2, Le 2 Pro dan Le Max 2, jenama tersebut menjadi perbualan hangat di serata dunia.

Le 2
Le 2

Ketiga-tiga model menggunakan sambungan USB Type C sebagai penghubung audio di antara smartphone dan earphone/headphone, dan LeEco juga memperkenalkan 2 set earphone yang mencapai standard Continual Digital Lossless Audio (CDLA).

Le 2 Pro
Le 2 Pro

Ketiga-tiga model telah diperkenalkan pada satu majlis, namun masih tiada pengumuman dari LeEco tentang harga dan pasaran manakah peranti tersebut bakal dijual.

Le Max 2
Le Max 2
You might also like