
Facebook Messenger Memperkenalkan Fungsi Panggilan Suara Berkumpulan
Seperti yang anda semua ketahui, Facebook telah mengasingkan Facebook Messenger sebagai platform tersendiri. Sejak itu, pelbagai fungsi menarik telah dihasilkan. Hari ini, rangkaian terbesar sosial telah menambah sebuah fungsi baru pada Facebook Messenger yang membolehkan pengguna membuat panggilan suara secara berkumpulan.
Kini, anda boleh membuat perbualan secara berkumpulan dengan hanya menekan pada ikon panggilan suara untuk memulakan panggilan. Fungsi terbaru ini sedang diperkenalkan secara berperingkat, dan anda akan mula melihat kemaskini terkini Facebook Messenger untuk peranti Android dan iOS. Dengan pengenalan fungsi panggilan berkumpulan ini juga, Facebook kini lebih serius dalam bersaing dengan pelbagai penyedia perkhidmatan lain dalam arena yang sama, termasuk Skype.

