Pemproses Snapdragon 823 Bakal Diperkenalkan Pada ASUS ZenFone 3 Deluxe Untuk Pasaran Terpilih

Seperti yang telah dikongsikan sebelum ini, ramai di antara kita yang sudah ketahui bahawa ASUS ZenFone 3 Deluxe bakal menampilkan sokongan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 820.pic 1Namun begitu, terdapat laporan yang telah mendedahkan bahawa model ini akan turut hadir dengan cip pemproses yang lebih berkuasa iaitu Snapdragon 823 untuk pasaran terpilih seperti di Filipina dan juga berkemungkinan India.pic 2

Berbeza dengan cipset Snapdragon 820, cipset terbaru ini menawarkan prestasi yang lebih pantas dengan sokongan empat teras Kryo berkelajuan maksimum sehingga 3.0GHz berbanding hanya dua teras Kryo berkelajuan 2.2GHz sahaja.

Apa pun ia, diharapkan varian terbaru ASUS ZenFone 3 Deluxe dengan sokongan Snapdragon 823 ini akan turut diperkenalkan di pasaran Malaysia menjelang Ogos nanti.

You might also like