Harga Huawei P9 Plus Diumumkan!

vienna_gold_hairline_front_7k_resized

Huawei Malaysia sudah pun mengumumkan harga peranti P9 Plus, satu lagi variasi model bagi siri P9 yang memperkenalkan lensa berprestasi tinggi hasil kerjasama dengan Leica.

Harga jualan untuk Huawei P9 Plus adalah RM 2,599, dengan tawaran 2 pilihan warna iaitu Haze Gold dan Quartz Grey. Huawei P9 Plus boleh didapati melalui VMall , atau eksklusif di Lazada mulai 10 Jun 2016.

P9 Plus juga dilengkapi skrin AMOLED 5.5 inci yang mampu menghasilkan paparan yang menonjol. Selain itu, P9 Plus adalah peranti yang istimewa kerana dilengkapi dengan teknologi “Press Touch” yang akan mengesan tekanan sentuhan atas skrin untuk membolehkan anda mengakses fungsi tertentu seperti preview gambar, zoom dan lain-lain.vienna_grey_hairline_rightfront_7k_resizedTerdapat juga peluang untuk anda memenangi Huawei P9 setiap minggu melalui pertandingan fotografi yang dianjurkan Huawei dari 30 Mei sehingga 19 Jun ini. Anda cuma perlu berkongsi gambar menarik yang anda tangkap mengikut tema yang ditetapkan pada minggu tersebut dan muat naik ke laman Facebook atau Instagram. Huawei photography competition

You might also like