

Lenovo tidak pernah lupa untuk mengemas kini barisan komputer mereka. Kali ini membawakan tiga buah produk iaitu desktop Legion Y520 Tower, Legion Y720 Tower, dan satu lagi laptop permainan Legion Y920. Seperti biasa, ketiga-tiga ini mensasarkan kepada golongan yang taksub kepada permaian komputer.
Legion Y920 menampilkan skrin bersaiz 17.3 inci dengan paparan HD penuh. Cip kuasa dibekalkan oleh Intel i7-7820HK serta RAM sebesar 16GB. Kad grafik pula mewakilkan NVIDIA GeForce GTX 1070 bersama ruang storan sebanyak 256GB SSD dan 1TB HDD.

Selain itu, ciri hiburan pula menerima sistem audio dari jenama JBL dan satu unit subwoofer. Bukan itu sahaja, pengguna boleh melaraskan warna pada papan kekunci mengikut citarasa tersendiri. Dengan berat melebihi 4kg, Legion Y920 dijual dengan tanda harga RM12,999 sebuah.
Legion Y720 Tower hadir dengan pemproses Intel Core i5/i7 dan kad grafik GTX 1070/1060/1050 Ti. Manakala Legion Y520 Tower pula menggunakan Intel Core i3/i5/i7 serta kad gragfik GTX 1060/1050 Ti atau Radeon RX560.
Kedua-duanya menawarkan sistem storan dari jenis SSD dan HDD. Prestasi menjanjikan kelancaran dengan adanya RAM setinggi 32GB. Legion Y520 Tower dan Legion Y720 Tower dijual pada harga bermula RM4,999 dan RM7,799 dan boleh didapati di Lenovo Exclusive Store dan Lenovo Multi Brand Store.

