
Apple WWDC Tidak Lama Lagi!
Media antarabangsa sudah mula menerima jemputan dari Apple ke acara pra WWDC bagi menerangkan sedikit sebanyak kepada media tentang aturcara majlis dan prosedur-prosedur penting. Manakala acara utama Apple itu pula akan berlangsung dari 13 Jun hingga 17 Jun nanti.
Apple dijangkakan akan melancarkan versi baru iOS dan OS X, di samping memperkenalkan sistem operasi terbaru tvOS dan juga watchOS. iOS 10 dan OS X 10.12 merupakan pengumuman yang dinanti-nantikan ramai pihak di mana ramai sumber mengatakan bahawa versi terbaru akan memperlihatkan aplikasi Apple Music berwajah baru, SDK Siri untuk para pembina aplikasi dan juga pelbagai sokongan pihak ketiga.
Ikuti laporan berita semasa dari eRing ya~