
Messi Menyertai Pasukan Huawei!
Messi telah menyertai pasukan terbaru dan langkah ini bakal menyaksikan pasukan tersebut menerima lonjakan populariti yang tinggi. Namun bagi peminat bola sepak, terutamanya pasukan Barcelona anda tidak perlu risau, ini kerana Lionel Messi masih akan bermain untuk pasukan anda. Messi hanya menyertai Huawei sebagai duta global bagi produk teknologi dari negara China itu.
Messi bukanlah bintang bola sepak pertama yang menyertai Huawei di dalam rangka promosi, sebelum ini Robert Lewandowski telah dipilih sebagai muka hadapan dalam kempen Huawei. Tyrone Liu (CEO Huawei Consumer Business Group Amerika Latin) berkata mereka sangat berbangga kerana Messi bersetuju untuk menyertai mereka. Menurut Huawei, Messi melambangkan keteguhan dan semangat juang yang tinggi dalam menempa kejayaan. Untuk pengetahuan anda ketika kecil Messi bukanlah seorang kanak-kanak yang sihat seperti normal. Dia mempunyai penyakit ketumbuhan yang memerlukan belanja perubatan yang tinggi.

