
Apple Melakukan 100 Juta Tempahan Unit Skrin OLED
Sebelum ini kita telah mendengar ura-ura bahawa iPhone 7 yang dijangkakan akan diumumkan sekitar suku keempat tahun ini bakal menggunakan skrin teknologi OLED, meninggalkan skrin IPS yang digunakan pada model-model sebelum ini.
Laporan terbaru yang diterima dari The Korea Herald telah menyebut bahawa Apple sudah pun melakukan tempahan sebanyak 100 juta unit untuk skrin OLED dari Samsung Display, lantas menguatkan lagi desas-desus yang kita dengari sebelum ini. Antara informasi menarik di dalam laporan tersebut adalah Apple hanya melakukan tempahan skrin OLED untuk saiz 5.5 inci sahaja, langkah tersebut telah menerbitkan spekulasi bahawa hanya model Plus sahaja yang akan dibina dengan skrin OLED.

