Pencipta Siri Hadir Dengan Pembantu Virtual Lebih Sempurna

244974-original

Di dalam sebuah pejabat di San Jose, California, sekumpulan jurutera perisian duduk untuk memesan pizza dengan cara yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. “Dapatkan saya pizza dari Pizza Chicago berhampiran pejabat saya,” kata seorang jurutera yang dibalas semula oleh smartphone beliau “Adakah anda mahukan topping bersama pizza tersebut?”

Burton_WaPo_VivLabs_0101462320908

Kelapan-lapan jurutera perisian melonjak kegembiraan, Viv ciptaan mereka telah melepasi ujian pertama. Untuk menguji sejauh mana kehebatan pembantu virtual tersebut, mereka mula melakukan pesanan yang lebih kompleks dengan masing-masing menjerit topping kegemaran seperti pepperoni, keju, salad dan pelbagai lagi, ada juga yang meminta Viv menukar saiz pizza mereka berulang kali. 40 minit kemudian, penghantar pizza sampai di hadapan pejabat dengan pesanan pizza yang betul. Viv telah berjaya melakukan tugasnya dengan baik.

2.1
Dag Kittlaus, orang penting yang mencipta Siri dan Viv.

Ia mungkin sesuatu yang kita anggap kecil, tetapi bagi jurutera perisian tersebut ia sesuatu yang bakal mengubah cara kita hidup dalam beberapa tahun akan datang. Pesanan pizza tersebut dibuat tanpa menaip carian Google, melakukan panggilan mahupun memuat turun aplikasi restoran pizza. Cuba lihat ia di dalam konteks yang lebih besar, dan kita dapat membayangkan bagaimana kerja seharian kita lebih mudah dengan pembantu virtual yang mampu melakukan kerja-kerja sampingan.

chi-dag-kittlaus-viv-bsi-photos-20150323

Viv bukanlah pembantu virtual pertama dari kumpulan jurutera perisian yang diketuai Dag Kittlaus, mereka juga adalah kumpulan yang bertanggungjawab dalam membangunkan Siri, pembantu virtual di dalam sistem iOS. Menurut beberapa sumber, Google dan Facebook berminat untuk membeli teknolog Viv dari mereka, namun masih tiada berita rasmi sehingga kini.

You might also like