
Tahniah! Tahniah!
Gergasi media sosial, Facebook secara rasmi telah membuka pejabat mereka di Malaysia yang akan terlibat dengan operasi berkaitan perniagaan atas talian. Memetik kata-kata Kenneth Bishop, Facebook komited dalam membantu rakyat Malaysia dan usahawan atas talian dalam mengembangkan lagi peluang perniagaan dan prospek pelanggan.

Menurut satu kajian, rakyat Malaysia adalah yang paling aktif berinteraksi dan menghadam media melalui media sosial, buktinya kita menduduki tangga teratas dalam carta tontonan video melalui Facebook dan 64% rakyat Malaysia membeli produk selepas melihat iklan di Facebook.
Selain itu kita juga berada di tangga ke 10 global dalam jumlah rakan dan kenalan di Facebook, ianya 60% lebih daripada angka purata. Berdasarkan statistik ini, tidak hairanlah Facebook memutuskan untuk membuka pejabat mereka di Malaysia.