iPhone: Gajet Paling Berpengaruh Sepanjang Zaman

Apple iPhone

Majalah Time baru-baru ini telah mengeluarkan satu senarai 50 gajet paling berpengaruh sepanjang zaman dan produk Apple mendominasi senarai tersebut dengan barisan smartphone dan komputer mereka.

Apple iPhone diangkat sebagai gajet yang paling memberi impak dan dianggap telah merevolusikan dunia digital dan telekomunikasi. Komputer Apple Macintosh pula tersenarai di tempat ke 3 dan Apple iPod di tempat ke 9.

Sony Trinitron
Sony Trinitron

Antara produk lain yang mendapat tempat 10 teratas adalah televisyen Sony Trinitron (tempat ke 2), televisyen ini telah mengubah tren penghasilan televisyen dan telah terjual lebih 100 juta unit. Sony Walkman dan IBM 5150 pula menduduki tangga 4 dan 5.

Pastinya gajet dan peranti yang tersenarai membawa kenangan dan memori kepada mereka yang membesar dengan peranti-peranti tersebut. Untuk senarai penuh, klik https://time.com/4309573/most-influential-gadgets/

Apple Macintosh
Apple Macintosh
IBM 5150
IBM 5150
Sony Walkman
Sony Walkman
You might also like