
Berita Sekitar Google I/O
Google I/O adalah acara yang ditunggu-tunggu para peminat Android saban tahun, ia mengumpulkan para pembina aplikasi dan perkakasan di dalam satu majlis dan pada perjumpaan ini mereka akan berkongsi aplikasi, fungsi, perkakasan dan juga peranti yang baru. Di sini eRing bawakan berita dan maklumat terkini dari Google I/O untuk anda.
Kemas Kini Android N Versi Beta
Seperti ramai yang sedia maklum, Android N developer preview sudah keluar pada bulan Mac lalu, ia mempunyai fungsi split-screen multitasking, butang quick settings dan set emoji yang baru. Pada acara ini, Google memperkenalkan versi beta yang sudah ditambah baik lagi dan ia semakin hampir menjadi final version.



Versi ini menawarkan kawalan saiz notifikasi kepada pengguna, mod picture-in-picture yang baru dan menurut Google, Android N akan menjadi platform mobile gaming yang lebih baik dengan menggunakan API baru yang dikenali sebagai Vulkan. API Vulkan membenarkan para developer mengawal GPU smartphone dan menghasilkan grafik yang 3D lebih berkualiti.

Pada masa yang sama, Google masih berahsia tentang nama penuh Android N. Wakil Google berseloroh dengan mengatakan nama yang bakal digunakan bergantung kepada pilihan pengguna.
https://www.youtube.com/watch?v=v1IocBl_5UM&feature=youtu.be
Artikel-Artikel Selanjutnya:
- Google Daydream : Ekosistem Virtual Reality Android
- Evolusi Terbaru Selepas Google Cardboard
- Google Home : Pencabar Amazon Echo