FCC Meluluskan Teknologi Pengecasan Tanpa Wayar Pada Jarak Jauh

Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan atau lebih dikenali sebagai FCC akhirnya telah meluluskan teknologi pengecasan tanpa wayar pada jarak jauh yang dibangunkan oleh Energous. Teknologi yang pernah mendapat perhatian ramai sebelum ini, mungkin menjadi realiti selepas unit pemancar yang digunakan pada WattUp bagi membolehkan keupayaan pengecasan pada jarak jauh mencecah sehingga 15 kaki ini telah diterima oleh FCC.

Keupayaan WattUp telah merevolusikan teknologi pengecasan tanpa wayar kerana ia bukan sahaja boleh dicas pada jarak jauh, tetapi ia juga boleh mengecas beberapa peranti berbeza secara serentak apabila berada dalam lingkungan kawasan tertentu. Sebaik sahaja pengguna berada dalam jarak 15 kaki dari terminal WattUp, proses pengecasan akan terus dijalankan secara automatik dan akan dihentikan sebaik sahaja peratusan bateri sudah penuh.

Menurut Energous, teknologi pengecasan tanpa wayar pada jarak jauh yang ditawarkan oleh WattUp ini akan ditunjukkan kepada umum di pameran CES 2018 nanti yang akan berlangsung pada awal bulan depan.

You might also like