

Sebelum kemas kini rasmi bagi versi Android terbaru diperkenalkan kepada umum, kebiasaannya pengeluar peranti akan menggunakan kaedah yang lebih praktikal dengan mengumumkan program beta untuk dicuba sendiri oleh pengguna yang terpilih. Kini Honor Malaysia telah mengumumkan program Android Oreo beta khusus untuk pemilik peranti Honor 8 Pro.
Bagi yang berminat untuk menjadi antara yang terawal untuk mencuba EMUI 8.0 berasaskan Android 8.0 Oreo ini, anda boleh melayari laman sesawang rasmi Huawei, muat turun fail APK BETA bersaiz 6.27 MB pada Honor 8 Pro, daftar dan sertai program BETA. Apabila selesai, peranti anda akan menerima fail kemas kini melalui kaedah HOTA (Huawei Over-The-Air).

Kemas kini terbaru EMUI 8.0 ini menampilkan sokongan ciri-ciri terbaru seperti Picture-in-Picture (PIP), kawalan lebih baik untuk notifikasi serta fungsi Autofill, keupayaan sistem untuk mengingati ID serta kata laluan pada aplikasi kegemaran, dan banyak lagi.
Klik di sini untuk menyertai program Android Beta untuk Honor 8 Pro

