Black Shark 3 Bakal Hadir: Sokong Snapdragon 865 + Pengecasan Pantas 65W + Paparan 2K 120Hz

Peranti gaming 5G pertama iaitu Black Shark 3 bakal dilancarkan pada 3 Mac 2020 secara atas talian! Peranti gaming generasi ketiga ini akan hadir dengan spesifikasi yang lebih berkuasa, termasuk sokongan rangkaian 5G yang lebih memenuhi aliran masa kini.

Menurut sumber, prestasi dalaman berkuasa pada Black Shark 3 termasuk sokongan paparan skrin beresolusi 2K dengan kadar segar semula 120Hz, pemproses Snapdragon 865 yang disokong oleh dwi-mod SA dan NSA 5G.

Tambahan lagi, storan dalaman terkini LPDDR5 dan UFS 3.0 juga akan hadir pada Black Shark 3, sekali dengan kapasiti bateri sebesar 5000mAh yang mana mampu mengecas peranti penuh dalam masa hanya 38 minit di bawah sokongan teknologi pengecasan pantas 65W.

Apa lagi ciri-ciri menarik padanya? Kita nantikan pelancaran atas talian pada 3 Mac kelak.

BACA JUGA:

Reviu Eksklusif: Peranti Hebat Black Shark 2 Pro – Memang Confirm Buat Korang Excited Main Game!

 

You might also like