Xiaomi Redmi Note 4 Untuk Pasaran Global Dilancarkan

1Xiaomi secara rasminya telah melancarkan Redmi Note 4 secara global setelah model ini diperkenalkan beberapa bulan lalu untuk pasaran China.

Redmi Note 4 mempunyai kerangka logam premium dengan kemasan anodized aluminium berkilat aluminium. Ia adalah telefon pintar Redmi yang pertama menampilkan panel paparan melengkung 2.5D yang tampak selari dan sesuai dengan sisi peranti yang tirus. Dalam pada msa yang sama, ciri tersebut menjadikan peranti ini selesa untuk dipegang.

2Redmi Note 4 dikuasakan oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 625, bagi menyampaikan prestasi yang lancar. Chipset Snapdragon 625 adalah antara cip pertama yang menggunakan teknologi 14nm FinFET, ia jauh lebih jimat kuasa berbanding model cip 28nm. Hasilnya, bateri berkapasiti 4100mAh pada Redmi Note 4 ini tahan 25% lebih lama daripada Redmi Note 3. Snapdragon 625 disokong grafik Adreno 506 bagi memberikan kualiti grafik terbaik ketika bermain permainan mobil berdefinisi tinggi.

 

HASIL GAMBAR

img_20170111_135517_hdr img_20170112_181002

img_20170113_081604 img_20170113_154717

 

You might also like