
Siri Peranti Audio Extra Bass Dari Sony Untuk Tahun 2017
Pada acara CES 2017, Sony Electronics mengumumkan bahawa mereka akan memperkembangkan siri EXTRA BASS bagi memberikan generasi terkini satu siri peranti audio khas untuk menikmati muzik masa sekarang. Mari kita lihat model terbaru bagi siri Extra Bass untuk awal tahun 2017.
SRS-XB40, SRS-XB30 & SRS-XB20 Wireless Speakers
Berdimensi 4 x 11 inci, SRS-XB40 dan SRS-XB30 mempunyai fungsi kesan pencahayaan LED yang akan memeriahkan muzik anda. Efek cahaya yang boleh membentuk pelbagai variasai corak warna ini diselaraskan dengan irama dan rentak lagu. Garis-cahaya mencipta corak warna-warni, dari putih tulen untuk pelangi. bagi model SRS-XB20 pula, ia hanya mempunyai efek pencahayaan warna tunggal.
SRS-XB40, SRS-XB30 & SRS-XB20 boleh disambungkan antara satu sama lain sehingga 10 unit di dalam satu rangkaian untuk membolehkan anda menikmati audio yang lebih luas dan lantang. Mod stereo ini mencipta kesan bunyi yang boleh didengar dari pelbagai arah, sama dengan pendengaran semula jadi.
Dengan ketiga-tiga model ini anda boleh menggunakan aplikasi SongPal pada telefon pintar Android atau iOS untuk memain muzik, menghidupkan dan mematikan lampu pembesar suara, menambah pembesar suara dan banyak lagi. Manakala aplikasi Fiestable hanya ada pada SRS-XB40 (Android & iOS) pula membolehkan kawalan ala-ala DJ untuk lampu dan warna.
SRS-XB10 Wireless Speaker
Bagi mereka yang sentiasa bergerak, SRS-XB10 adalah peranti yang cukup sesuai dengan anda, ia menawarkan bunyi EXTRA BASS yang jelas dan padu di dalam badan kecil. Dengan jangka hayat bateri yang panjang, kira-kira 16 jam, anda boleh terus bergembira sepanjang hari tanpa perlu risau.
Saiz super-kompak dan mudah alih serta kebolehan menikmati muzik di mana-mana adalah ciri utama model ini bagi mengoptimumkan pengalaman pengguna. Dalam mod menegak, bunyi omnidirectional boleh dinikmati di dalam kumpulan. Dalam mod mendatar, muzik itu ditujukan terus ke arah pendengar. XB10 ini juga boleh disambungkan dengan XB10 lain untuk menyediakan mod stereo untuk mewujudkan ruang bunyi yang lebih luas dan kesan mendengar muzik dari pelbagai arah.
MDR-XB950N1 & MDR-XB950B1
MDR-XB950N1 dan MDR-XB950B1 adalah fon kepala tanpa wayar dengan kualiti bunyi bass terbaik. Bagi model MDR-XB950N1, ia dilengkapi dengan teknologi noise cancelling. Kedua-dua model ini menyokong Bluetooth live audio dan sambungan mudah dengan Near Field Communications (NFC). Untuk pengalaman audio yang hebat, sokongan codec aptX® & AAC juga dilengkapkan bagi memastikan kualiti isyarat audio yang maksimum.
Tetapan audio pada MDR-XB950N1 dan MDR-XB950B1 boleh dikawal melalui aplikasi Sony | Headphones Connect. Dari dalam aplikasi ini, anda boleh mengaktifkan pelbagai mod dan efek audio seperti pengalaman bunyi Arena, Club, Concert Hall dan Outdoor Stage. Anda juga boleh menetapkan bunyi bass mengikut selera anda.
https://www.youtube.com/watch?v=-bkJczcFLaI
Fon kepala MDR-XB950N1 mempunyai jangka hayat bateri sehingga 22 jam yang membolehkan anda memainkan secara berterusan muzik anda. XB950B1 pula mampu bertahan sehingga 18 jam bagi satu kitaran cas penuh. Apabila bateri anda habis, mod pasif dengan sambungan kabel yang telah dibekalkan boleh digunakan untuk anda terus menikmati muzik. MDR-XB950N1 dan MDR-XB950B1 menyokong panggilan telefon dengan mikrofon dan butang senang akses pada bahagian cup telinga.
MDR-XB550AP
MDR-XB550AP adalah headphones berwayar yang amat sesuai untuk pengguna umum. Pemacu audio 30mm berupaya menyampaikan bunyi yang seimbang dan jelas. MDR-XB550AP boleh didapati dalam lima warna iaitu hitam, merah, biru, hijau dan putih.
MDR-XB510AS

In-ear headphones MDR-XB510AS pula direka khas bagi mereka yang menjalani gaya hidup aktif. Ia amat mudah dipakai dan dibawa ke mana-mana ketika melakukan aktiviti kerana dikelaskan sebagai kalis air IPX5, bermakna ia boleh dipakai ketika berjalan di dalam hujan atau melakukan aktiviti di sekitar kolam renang. Peranti ini juga tidak akan terjejas dengan peluh.





