
Mesti semua kenal dengan aplikasi popular foodpanda yang mana mereka memperkenalkan E-ftar pada bulan yang mulia ini untuk memastikan penduduk Malaysia masih boleh menikmati juadah Ramadan kegemaran mereka sementara kekal dirumah dengan selamat.
Dengan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan penjagaan jarak sosial yang amat digalakkan, foodpanda telah bekerjasama bersama Rangkaian Televisyen Media Prima dan beberapa kerajaan tempatan termasuk Penang Halal International, Kerajaan Negeri Perak, Kerajaan Negeri Kedah, Majlis Perbandaran Hang Tuah dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah untuk melancarkan E-ftar.
Menariknya, Bazaar ini menyajikan pelbagai peniaga yang menjual juadah yang hanya boleh didapati ketika bulan puasa seperti Roti John, kuih-muih, murtabak dan ayam percik kini boleh didapati melalui platform tersebut. Para pelanggan boleh menikmati juadah-juadah Ramadan dengan mencari di swimlane E-ftar untuk memesan daripada vendor-vendor yang berdekatan.
Terdapat lebih daripada 200 peniaga berbeza yang boleh didapati di E-ftar foodpanda. Sejajar dengan keadaan semasa, untuk memudahkan permulaan Ramadan, pelanggan-pelanggan foodpanda yang berada di Lembah Klang boleh menikmati penghantaran percuma buat semua pesanan sehingga ke 30 April.