CyanogenMod 14 Versi Nightly Sudah Keluar!

1Bagi pemilik beberapa model smartphone, anda sudah boleh mula mendapatkan custom ROM dari Cyanogen yang telah dilancarkan sehari yang lalu. CyanogenMod 14 yang dibina berasaskan Android Nougat menawarkan antaramuka yang lebih segar dan beberapa fungsi modifikasi. Kami sudah mencuba custom ROM ini pada model OnePlus 3, dan nampaknya setakat ini semuanya stabil.

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan custom ROM ini, anda haruslah mempunyai model smartphone seperti berikut:-

Model Kod Nama Pautan
Nexus 6P angler https://download.cyanogenmod.org/?device=angler
Nexus 5X bullhead https://download.cyanogenmod.org/?device=bullhead
Mi3w dan Mi4 cancro https://download.cyanogenmod.org/?device=cancro
Moto G falcon https://download.cyanogenmod.org/?device=falcon
Moto G 2014 titan https://download.cyanogenmod.org/?device=titan
Moto G 4G 2014 thea https://download.cyanogenmod.org/?device=thea
Moto G 4G peregrine https://download.cyanogenmod.org/?device=peregrine
OnePlus 3 oneplus3 https://download.cyanogenmod.org/?device=oneplus3
Asus Zenfone 2 Laser ZOOT https://download.cyanogenmod.org/?device=Z00T
Samsung Galaxy S5 klte https://download.cyanogenmod.org/?device=klte
LG G4 h815 https://download.cyanogenmod.org/?device=h815
LG G3 d855 https://download.cyanogenmod.org/?device=d855

 

Ini hanyalah senarai model dalam fasa pertama, Cyanogen akan melancarkan sokongan CM14 kepada lebih banyak model tidak lama lagi. Apabila di dalam laman muat turun, pastikan anda memuat turun fail custom ROM yang bermula dengan cm-14.

Kami kongsikan sedikit screenshot CyanogenMod 14 dari smartphone OnePlus 3 kami.
Kami kongsikan sedikit screenshot CyanogenMod 14 dari smartphone OnePlus 3 kami.
Kami kongsikan sedikit screenshot CyanogenMod 14 dari smartphone OnePlus 3 kami.
Kami kongsikan sedikit screenshot CyanogenMod 14 dari smartphone OnePlus 3 kami.
You might also like