Delta, Penyesuai Permainan Klasik Untuk iPhone

1Selepas Super Mario Run dilancarkan pada peranti iOS minggu lalu, peminat Nintendo mula tertanya-tanya sama ada syarikat itu ada pelan untuk membawa permainan klasik Mario 2D ke dalam peranti mudah alih.

Sedikit berita tidak baik untuk anda, Nintendo tidak mempunyai apa-apa rancangan untuk membawakan permainan NES atau SNES untuk iOS atau Android. Bagi pengguna Android mungkin ini tidak menjadi masalah kerana terdapat pelbagai pilihan penyesuai untuk memainkan permainan versi lama itu. Bagaimana pula dengan pengguna iOS?

Beberapa tahun lalu, developer Riley Testut mengeluarkan penyesuai untuk iPhone dikenali GBA4iOS. Penyesuai itu menggunakan kelemahan pada tetapan masa iPhone untuk memanipulasi sistem dan pada tahun 2014, Apple menutup kelemahan tersebut lantas membunuh GBA4iOS. Kini Testut kembali dengan sekuel kepada penyesuai tersebut yang dikenali sebagai Delta.

2Tidak seperti GBA4iOS, Delta akan dapat memimik pelbagai konsol, termasuk Game Boy, Game Boy Advance, Super Nintendo dan Nintendo 64. Dalam blog Testut, beliau memberitahu lebih banyak konsol akan disokong pada masa akan datang.

Namun Delta tidak akan tersedia sehingga awal 2017, ketika ini beberapa pengguna sedang menggunakan Delta versi beta yang boleh memainkan permainan SNES dan GBA. Apabila siap untuk digunakan kelak, anda boleh menggunakan Delta tanpa perlu melakukan jailbreak pada peranti anda.

 

You might also like