Papan Kekunci Mekanikal Tanpa Bunyi Dari Cherry

headerKekunci Cherry adalah standard terbaik bagi pasaran papan kekunci mekanikal, sesetengah jenis papan kekunci Cherry sedikit bising walaupun mempunyai respon tactile yang baik. Hari ini Cherry Americas yang berpangkalan di Wisconsin mengatakan mereka telah berjaya mencipta satu kekunci tanpa bunyi untuk dipasarkan tidak lama lagi.

1Kekunci Cherry Silent dan Cherry Silent RGB hanya memerlukan 45 centinewton daya untuk menggerakkan unit kekunci, bermaksud ianya lebih mudah ditekan berbanding kekunci Blue. Kekunci terbaru ini menerapkan teknologi kekunci tanpa bunyi yang sudah Cherry patenkan. Namun Cherry masih belum mengumumkan tarikh pengenalan papan kekunci dengan kekunci Cherry Silent dan Cherry Silent RGB.

 

You might also like