Menyiasat Impak Bloatware

introEkosistem terbuka yang diterapkan Google dalam sistem Android membuka peluang kepada pembekal peranti untuk memasukkan aplikasi third party yang dianggap Bloatware. Kebiasaannya aplikasi ini dikunci dan tidak boleh dibuang dari sistem operasi smartphone, ia hanya boleh dinyahaktif dan bagi mereka yang mahu membuang terus aplikasi ini, anda perlu melakukan proses root dan juga flash ROM yang baru.

Setiap proses yang berlaku di dalam smartphone pasti menggunakan kuasa dari bateri, bagaimana pula sekiranya smartphone anda mempunyai bilangan bloatware yang agak banyak, adakah ianya akan menjejaskan prestasi bateri? Pentingkah untuk anda root peranti dan membuang kesemua aplikasi tersebut?

 

Memahami Bloatware

Perkara pertama yang perlu kita lakukan adalah mendefinisikan bloatware. Setiap peranti 1Android mempunyai beberapa “lapisan” aplikasi, ia bergantung kepada model dan juga pengeluar peranti. Lapisan pertama adalah aplikasi default seperti jam, kalkulator, pemanggil, mesej SMS dan lain-lain, aplikasi seperti ini adalah tunjang kepada setiap smartphone, walau bagaimanapun aplikasi-aplikasi ini masih boleh dimodifikasi oleh pihak pengeluar.

Lapisan seterusnya adalah aplikasi dari Google berkaitan dengan ekosistem Android seperti Play Store, YouTube, Maps, Gmail dan sebagainya. Aplikasi seperti inilah yang memberikan peranti tersebut akses untuk masuk ke dalam ekosistem Android dan menikmati servis dari Google. Sekiranya smartphone anda hanya mempunyai aplikasi default dan Google, ini bermakna smartphone yang dimiliki bebas dari bloatware, namun amat sukar untuk mendapatkan smartphone yang hanya dilengkapi aplikasi asas, hanya peranti Nexus sahaja yang menjanjikan sistem yang bersih dari bloatware.

2Lapisan ketiga merupakan fasa pertama bloatware dimasukkan ke dalam sistem operasi, aplikasi pada lapisan ini dibina dan dimasukkan oleh pengeluar smartphone seperti Samsung, Sony, HTC dan banyak lagi. Aplikasi seperti ini menambah nilai dan fungsi kepada smartphone, contohnya seperti S Health, Xperia Lounge, MusicID dan banyak lagi. Oleh kerana kebanyakan aplikasi yang dibekalkan pengeluar telah dibina dan berfungsi dengan baik, ia kerap kali tidak dianggap bloatware, malah digunakan secara kerap oleh para pengguna.

Lapisan terakhir memuatkan lebih banyak aplikasi bloatware yang ditambah oleh pelbagai pihak seperti pembekal perkhidmatan, pengedar dan lain-lain. Aplikasi seperti inilah yang kerap kali mengganggu pengguna kerana tidak mempunyai kepentingan dan fungsi yang penting kepada mereka. Lebih teruk lagi aplikasi-aplikasi ini amat sukar untuk dibuang, pengguna perlu melakukan proses nyahaktif dan root untuk membuang aplikasi ini.

 

Baik & Buruk Bloatware

Aplikasi pra-sedia selain dari Google sememangnya sukar dielakkan, bagi aplikasi pra-sedia yang mengganggu corak penggunaan dan tidak menawarkan fungsi penting akan dilabelkan sebagai bloatware. Tahniah diucapkan kepada pembangun aplikasi ketiga yang menghasilkan aplikasi yang stabil, berguna dan juga tidak mengganggu pengguna.

Bagi bloatware yang dibina dengan teruk dan mungkin mempunyai tujuan tersembunyi pula, pelbagai masalah akan timbul kepada pengguna dengan kehadiran aplikasi ini di dalam smartphone. Antaranya:-

① Crash, freeze dan kejanggalan operasi

3-1Aplikasi bloatware yang dibina dengan sambil lewa dan tidak stabil berisiko tinggi untuk mengalami masalah crash dan freeze, lalu menyebabkan pengguna berasa geram dan kecewa. Sekiranya aplikasi tersebut di muat turun dari Play Store, adalah amat mudah untuk pengguna membuang aplikasi tersebut, namun tidak bagi bloatware. Pengguna terpaksa membiarkan aplikasi yang tidak stabil itu terus berada di dalam smartphone.

② Iklan

3-2Salah satu sebab aplikasi bloatware dimasukkan ke smartphone adalah kerana ia memberikan akses mudah kepada pihak-pihak tertentu untuk mengiklankan produk mereka. Kadang kala ia sehingga memburukkan keseluruhan sistem Android, seperti lockscreen yang secara tiba-tiba memaparkan pelbagai jenis iklan. Ia jelas mengganggu pengguna yang mahukan sistem yang kemas dan simple.

 

 

 

③ Spyware

Basic RGBYang ini lebih teruk dari iklan, spyware adalah perisian yang mencuri data pengguna seperti butiran peribadi, sejarah carian Internet, lokasi, aktiviti smartphone dan pelbagai lagi. Data-data tersebut kemudiannya diambil oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk melakukan pelbagai perkara.

 

④ Isu Bateri

3-4Mana-mana aplikasi yang dibina tanpa ketelitian dan tidak stabil boleh memakan banyak kuasa bateri, tidak kira jika ia datang dari Google, OEM atau daripada pembekal perkhidmatan anda. Masalah akan menjadi lebih serius sekiranya aplikasi yang tidak stabil ini merupakan aplikasi yang menggunakan background process, di mana ia berfungsi secara automatik tanpa anda sedari, dalam masa yang singkat sahaja anda boleh kehilangan banyak kuasa bateri. Walau bagaimanapun, aplikasi yang dibina dengan baik, diuji dan dioptimumkan tidak akan menyebabkan masalah ini walaupun ia menggunakan background process.

 

Apa Yang Harus Anda Lakukan?

4Pertama kali kategorikan aplikasi-aplikasi yang terdapat di dalam smartphone anda, asingkan yang mana tidak digunakan dan dirasakan tidak penting untuk anda. Selepas itu periksa satu persatu aplikasi tersebut dan uninstall mana-mana aplikasi yang boleh.

Bagi aplikasi yang tidak boleh uninstall, anda perlu pergi ke paparan Setting>Apps. Kemudian tap aplikasi yang anda ingin nyahaktif, terdapat satu pilihan disable dan pastikan anda tap butang tersebut bagi memberhentikan aplikasi tersebut dari beroperasi.

 

RUMUSAN

Bloatware tidak semestinya membawa kesan buruk kepada smartphone, terdapat juga aplikasi kategori ini yang stabil, malah menawarkan fungsi yang berguna. Namun, nama “bloatware” nampaknya sudah sebati dengan aplikasi yang mendatangkan kesan buruk, tidak stabil dan “pengacau” di dalam smartphone.

Sebagai pengguna, kami sarankan anda juga mengambil tahu dan melakukan kajian sebelum anda mendapatkan mana-mana model smartphone yang anda mahukan. Jikalau boleh elakkan smartphone yang dilengkapi terlalu banyak aplikasi pihak ketiga, dan selepas mendapatkan smartphone tersebut lakukan proses maintenance dengan memuat turun aplikasi pengurusan peranti.

 

You might also like