RIP Windows 7…Jom Upgrade Windows 10 Free!!! FREE!!!
Selamat tinggal Windows 7. Kalau korang belum upgrade ke Windows 10, teruskan baca artikel ni.
Sokongan untuk Windows 7 sudah pun ditamatkan pada bulan Januari lalu dan Microsoft sangat menggalakkan korang menaik taraf perisian ke Windows 10. Jadi kalau korang masih memiliki dan menggunakan PC atau laptop dengan sistem operasi Windows 7, korang perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM 919 jika mahu masih mendapatkan sokongan perisian dari Microsoft melalui Windows 10.
TAPIIIIII!!! Korang patut cuba tips yang kami akan kongsikan dalam artikel ini jika mahu menaik taraf secara percuma. Sebenarnya, tawaran naik taraf percuma ini telah pun berakhir pada tahun 2016, namun masih ramai pengguna melaporkan mereka masih berjaya menaik taraf peranti secara percuma sehingga ke hari ini.
Ini caranya untuk korang naik taraf secara percuma ke Windows 10 sekiranya korang memiliki sistem operasi sah dan berlesen Windows 7, Windows 8 dan juga Windows 8.1.
- Pergi ke laman muat turunWindows 10 .
- Klik Download Tool Now untuk memuat turun perisian yang akan membantu korang menaik taraf ke Windows 10.
3.Sesudah perisian dimuat turun. Lancarkan perisian dan klik pilihan Upgrade This PC Now. Kalau korang nak upgrade PC atau laptop yang lain, sila pilih Create Installation Media for Another PC.
4. Ikuti arahan prompts yang tertera sepanjang proses naik taraf.
5. Setelah naik taraf selesai. Pergi ke Settings Update & Security > Activation dan korang dapat lihat lesen digital untuk Windows 10 sekiranya naik taraf anda berjaya.
Dah setel upgrade? Jangan lupa share artikel ni kat kwn korg!