
Celcom baru-baru ini telah menawarkan perkhidmatan eSIM yang buat masa kini hanya boleh digunakan oleh pengguna iPhone XS, XS Max dan iPhone XR.
Perkhidmatan ini tidak memerlukan pertukaran kad SIM, semua hanya dilakukan secara maya. Kami telah menguji cara pendaftarannya dan jelas ia sangat mudah dan P.A.N.T.A.S! Siap hanya 5 minit!
Cara Pendaftaran:
1) Pergi ke mana-mana pusat Celcom Bluecube
2) Dapatkan nombor giliran anda
3) Sediakan kad pengenalan anda bersama borang yang perlu diisi.
4) Berikan iPhone anda kepada pekerja Celcom untuk membuat imbasan kod QR.
5. Siap!
Bagi pengguna Celcom yang lebih daripada setahun atau pengguna baru, tiada bayaran cas perkhidmatan dikenakan. Sementara pengguna yang kurang daripada setahun, adalah perlu membayar RM5 caj perkhidmatan.
Perlu diingatkan bahawa sekiranya anda ingin menukar peranti baharu yang tidak menyokong eSIM, maka perlulah membatalkan kad SIM terlebih dahulu dan membuat pendaftaran baharu untuk kad SIM nyata.