
Samsung Malaysia baru sahaja melancarkan siri Galaxy S10 dengan tawaran harga bermula RM2,699, siri baharu ini sudah tentu memberikan satu nafas baharu dalam dunia peranti pintar. Selain prestasi yang tidak dapat disangkal lagi, fungsi dalaman yang dapat memudahkan hidup anda juga tidak boleh diabaikan.
Sekarang, jom kita lihat 14 tips wajib tahu pada peranti Samsung Galaxy S10+.
01# Screen Zoom
Jika anda menggunakan Galaxy S10+ ini mungkin anda akan terasa item seperti ikon dan font agak besar kan? Tapi jangan risau, anda boleh melaraskan saiz item pada paparan skrin dengan 4 langkah yang mudah.

Cara melakukan tetapan:

02# Landscape Mode
Tahukah anda, sebenarnya anda boleh menggunakan home screen dalam landscape mode. Ia sekaligus memberikan variasi tontonan home screen kepada anda.
Cara tetapan:

Kini anda sudah boleh menggunakan Landscape mode. Ia nyata memberi perspektif baru kepada anda.
03# Gesture
Anda pasti dapat melihat android key pada bahagian bawah skrin peranti ini yang disertakan dengan fungsi back, home dan sebagainya.
Anda sebenarnya boleh enable gesture.Cara tetapannya adalah sangat mudah:

Anda kini boleh melihat di bahagian bawah sudah tiada android key.
Anda juga boleh menggunakan gesture hint sekiranya anda tidak biasa lagi menggunakan Full screen navigation.
04# Night Mode
Kadang-kala jika anda menggunakan telefon pada waktu malam, warna putih pada background peranti ini akan kelihatan agak terang. Jadi anda boleh menggunakan Night mode pada peranti ini.
Cara tetapan:

Anda juga boleh menjadualkan waktu penggunaan night mode dengan memilih Schedule features. Anda boleh menggunakan Night mode pada waktu malam dan background akan kembali terang pada waktu siang.
05# Vivid Display
Paparan telefon ini pastinya tidak dapat disangkal lagi. Ia disertakan dengan paparan yang sangat cantik dan menarik dengan SUPER AMOLED Panel. Paparan peranti ini boleh ditetapkan sama ada anda mahu menggunakan lebih Natural atau Vivid yang mana ia akan menyerlahkan lagi warna di dalam paparan tersebut.
Caranya mudah sahaja:

Anda kini boleh memilih Vivid atau Natural yang menjadi pilihan anda.
06# Bixby
Jika anda slide ke kiri pada skrin anda akan terus dapat membuka Bixby. Anda boleh mematikan fungsi ini.

Namun kadang-kala anda secara tidak sengaja menekan butang Bixby di bahagian sebelah kiri di bawah butang kuasa. Jangan bimbang anda juga boleh buat tetapan pada butang ini.
Cara tetapan:

07# Edge Panel
Mungkin ada yang kurang mengemari Edge panel ini kerana anda mungkin tanpa sengaja membuka Edge panel.
Cara tetapan:

Anda juga boleh menyelaras Edge lighting yang memberi kesan cahaya pada sekeliling skrin.
08# Animation Speed
Anda boleh menyelaras kepantasan animation pada telefon ini. Caranya amat mudah:

Namun ia kadang-kala tidak memberi kesan yang jelas. Anda boleh menambahkan lagi reduce animation.
Cara tetapan:

09# Sorokkan Hole Punch
Kadang-kala hole punch ini sedikit menganggu ketika anda menonton video. Apa yang boleh anda lakukan adalah:

10# Raw Photo
Anda sebenarnya boleh menyimpan semua raw photo dari gambar yang anda ambil.
Caranya mudah sahaja:

11# Instagram Camera
Anda sebenarnya boleh terus memuat naik gambar ke Instagram dari galeri anda dengan menekan pada lambang Instagram di bahagian bawah. Anda boleh memuat naik gambar tersebut di feed atau story anda.
Jika anda membuka kamera anda, anda boleh swipe ke kiri dan anda akan dapat melihat pilihan Instagram dan rakam gambar terus tanpa perlu membuka Instagram terlebih dahulu.
12# Super Steady Dan HDR10+
Kalau korang guna mode ini pastinya akan memberi kestabilan ketika rakaman dilakukan. Caranya mudah dengan membuka kamera dan klik pada simbol tapak tangan di bahagian atas.
Anda juga boleh merakam video pada mode HDR10+. Cara tetapan adalah mudah:

13# Rakaman Video Swafoto Dalam 4K
Tahukah anda menggunakan siri peranti S10+ ini anda boleh melakukan rakaman video swafoto dalam 4K. Caranya mudah sahaja:

14# Wallpaper Kreatif
Jika anda melihat hole punch di paparan skrin ia agak sedikit terganggu. Jangan bimbang anda boleh menjadikan ia lebih menarik. Anda boleh menetapkan wallpaper yang boleh menjadikan hole punch ini lebih menarik.
Jadi apa tunggu lagi guys.Bolehlah dapatkan peranti ini di pasaran bagi menikmati kelebihan yang terdapat pada peranti ini.
_______________________________
Baca juga:
- Anda Pengguna Samsung Galaxy S10? Dapatkan Langganan Spotify Premium Selama 3 Bulan Secara PERCUMA!
- Kemeriahan Peranti Terbaharu Samsung Galaxy S10 Diteruskan
- Trade-In Smartphone Lama Anda, Dapat Samsung Galaxy S10 Baru! Bestnya…
- Siri Samsung Galaxy M Bakal Masuk Malaysia – Ditawarkan Eksklusif Secara Online