
Acer Revo One edisi Hello Kitty telahpun rasmi dilancarkan di Malaysia pada April yang lepas dan hanya ditawarkan sebanyak 600 unit sahaja. Tidak sampai beberapa hari, komputer mini ini telah habis dijual. Di atas permintaan ramai, Acer mengumumkan akan menambah sebanyak 300 unit Acer Revo One edisi Hello Kitty ke Malaysia. Peranti ini dikuasaka oleh pemproses Intel Celeron, dijual pada harga RM 1,499. Manakala versi yang lebih berkuasa, Intel Core i3 pula berharga RM 2,099.
Setiap pembelian akan disertakan bersama papan kekunci dan wayarles tetikus yang dipadankan bersama CPU Hello kitty yang comel secara percuma. Kepada yang ingin melihat kecomelan Acer Revo One edisi Hello Kitty, kunjungi sahaja ke pengedar sah Acer yang berdekatan.

