Predator Helios 300 Edisi Khas Diperkenalkan Di Acer Day 2018

Play Music Together! Ini dia slogan Acer Day 2018 yang sedang berlangsung di pusat membeli-belah Mid Valley Megamall dengan pelbagai promosi menarik. Sempena acara tahunan meriah ini, pihak Acer juga telah melancarkan gaming laptop Predator Helios 300 Edisi Khas yang hadir dengan kerangka aluminium serba putih, dihiasi dengan kemasan warna emas.

Predator Helios 300 Edisi Khas ini hanya tersedia dalam 50 unit di Malaysia, ia tampil dengan kadar segar semula 144Hz yang telah dinaik taraf, membolehkan permainan video yang lancar pada skrin paparan FHD IPS 15.6 inci. Kadar segar semula yang pantas memendekkan tempoh penerapan bingkai dan mengurangkan input sela bagi menawarkan pemain dengan pengalaman bermain permainan video yang terbaik.

Cip pemproses Intel® CoreTM i7 generasi ke-8 dijana pada edisi khas ini, bersama grafik overclockable NVIDIA® GeForce® GTX 1060, 6GB GDDR5 VRAM, SSD 256GB PCle, hardisk 1TB dan 8GB DDR4 SDRAM boleh dinaik taraf sehingga 32GB.

Peranti ini didatangkan bersama Gigabit Ethernet untuk sambungan wayar yang pantas, Gigabit WiFi terkini daripada Intel Wireless-AC 9560 yang menawarkan sehingga 1.73Gbps apabila menggunakan saluran 160MHz (2×2 802.11ac, dual-band 2.4GHz dan 5GHz).

Kipas besi AeroBladeTM 3D Acer merupakan bilah kipas paling nipis di dunia hanya 0.1mm, ia  dapat meningkatkan sistem suhu bagi memastikan komputer riba dapat beroperasi pada suhu optimum walaupun bermain permainan video pada tempoh masa yang lama.

Predator Helios 300 Edisi Khas ditawarkan pada harga RM6,199, setiap pembelian dilengkapi beg permainan video Predator, fon kepala, tetikus permainan video dan pad tetikus berwarna putih. Bagi yang berminat boleh dapatkan mulai pertengahan Ogos di semua Stor Dalam Talian Rasmi Acer dan Predator Partners yang sah di seluruh negara.

 

 

 

You might also like