Pelbagai Aktiviti Menarik Sepanjang Ramadan & Raya Oleh U Mobile? Tak Percaya? Tengok Sendiri!!

Bersempena dengan bulan Ramadan dan Raya yang bakal menjelang, U Mobile berkerjasana dengan peniaga dan bakat tempatan bagi menyokong kreativiti dan menyebarkan positiviti. Pelbagai inisitatif di jalan!! Jom kita tengok!

U MOBILE x TIFFIN SAMPLERS 

Bermula dari 6 Mei sehingga 16 Jun U Mobile berkerjasama dengan Tiffin dan menawarkan makanan yang menakjubkan yang disediakan oleh 3 orang chef terkenal. Dinamakan sebagai Tiffin Sample, makanan ini akan disediakan oleh Pinggan Puteh, Embun Eats and Projek Dapur Umar x Hikayat Percik.

Antara makanan yang bakal ditampilkan adalah Lontong dan rendang dengan sentuhan moden. Dalam pada itu, U Mobile turut memberi diskaun sebanyak RM10 bagi setiap Tiffin Sampler. Pra-tempahan boleh dilakukan di Instagram Tiffinevent.

#GROOVESWITHU MUSIC STREAMS 

U Mobile juga memberi sokongan kepada muzik tempatan menerusi inisiatif Unlimited Grooves dengan membariskan beberapa persembahan sepanjang Ramadan secara percuma. Antara artis yang terlibat Aina Abdul dan Mafidz. 

Bagi edisi raya pula yang dikenali sebagai #RayaWithU, ia akan mempersembahkan artis antarabangsa Yuna yang akan menyanyikan lagu-lagu raya dengan rendisinya yang tersendiri. BEliau akan ditemani oleh Bil Musa, Pastel Lite dan Aizat Amdan. 

 

 

 

 

You might also like