
Artifak Sangat Berharga di Iraq Dilindungi Daripada Kecurian Menggunakan ‘Cap Jari Forensik’ SmartWater Baharu
![]() |
LONDON, 12 Mei 2020 /PRNewswire/ — Beratus-ratus ribu artifak yang sangat berharga di beberapa buah muzium di Iraq telah dapat dilindungi daripada ancaman kecurian dan rampasan dengan menandakan artifak ini dengan kod tak nampak yang unik dalam protokol keselamatan baharu yang akan disediakan di seluruh Dunia bagi melindungi muzium, tapak bersejarah dan tapak arkeologi yang ‘berisiko’.
Dibiayai oleh British Council, kira-kira 273,000 artifak yang disimpan di dua buah muzium Iraq telah dilindungi dengan menggunakan pendekatan baharu ini. Projek ini membolehkan objek-objek yang sangat berharga dikesan semula ke tapak ia dicuri, lalu menjadikannya lebih mudah untuk agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang membuktikan kes kecurian, seraya dapat mewujudkan pencegah yang hebat kepada bakal pencuri dan pedagang haram.
Projek inovatif ini, yang dipimpin oleh ahli arkeologi terkenal Profesor Roger Matthews di University of Reading, menggunakan cecair forensik SmartWater yang disediakan khas untuk melekatkan tanda kimia yang unik pada objek muzium. Cecair ini tidak dapat dilihat oleh mata kasar, hanya boleh dikesan di bawah cahaya hitam UV dan para saintis hanya perlu mendapatkan kembali sedikit cecair SmartWater untuk membuktikan lokasi artifak ini dicuri, tarikh cecair ini diaplikasikan dan individu yang mengaplikasikannya.
Ujian-ujian oleh para saintis di Reading University menunjukkan bahawa cecair forensik ini tidak menyebabkan kerosakan pada batu, tembikar, logam atau kaca dan mampu bertahan daripada panas terik, pelarut yang kuat dan keadaan persekitaran yang melampau selama berdekad-dekad. Semua kos penyelidikan dan pembangunan (R&D) dibiayai oleh SmartWater Foundation, cabang bukan untuk untung SmartWater Group, salah sebuah syarikat pengurusan risiko yang paling pantas berkembang di Dunia.
Profesor Matthews berkata: “Barang-barang dalam koleksi muzium yang dikendalikan oleh beliau tidak ternilai harganya, berhubung dengan nilai budaya sangat tinggi yang dibawakan oleh barang-barang ini untuk Iraq. Inisiatif ini dapat memberikan objek-objek dengan cap jari kimia dengan berkesan, yang membolehkannya untuk dikesan sekiranya jatuh ke tangan mereka yang tidak bertanggungjawab. Tambahan pula, ia dapat menyediakan bukti yang diperlukan oleh agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang bagi menangkap dan mendakwa mereka yang didapati memiliki artifak secara haram.”
Artifak-artifak ini termasuk kepingan bukan organik daripada semua zaman lampau di Iraq; kapak zaman batu hinggalah pasu zaman Neolitik yang wujud sejak 7000 SM apabila kampung-kampung pertanian pertama di dunia diwujudkan. Pada tahun 2003 dan semasa pendudukan ISIS di Mosul antara tahun 2014 dan 2017, barang-barang seperti ini sering dirampas daripada muzium, yang mana tidak lama kemudian muncul semula dalam pasaran barang-barang purba antarabangsa.
Masalah kecurian artifak daripada muzium, tapak arkeologi dan tapak bersejarah semakin meningkat, dengan kuil-kuil di India menjadi sasaran, selain tapak arkeologi di Amerika Selatan. Di AS, tapak Orang Asli Amerika menghadapi risiko, terutamanya tapak perkuburan terpencil yang boleh menjadi sasaran mudah oleh pencuri.
Colette Loll, Penasihat Kanan SmartWater Foundation, cabang bukan untuk untung SmartWater Group. berkata: ‘Ekoran tanda forensik SmartWater, koleksi penting muzium ini kini dapat dikesan dan boleh dipulangkan semula sekiranya dicuri atau diperdagangkan. Pada dasarnya kami memberi perhatian terhadap pasaran seni—penanda forensik menimbulkan risiko sebenar kepada penjual DAN pembeli artifak yang dicuri.”
Phil Cleary, Ketua Pegawai Eksekutif SmartWater Group berkata, “Kami berbesar hati kerana kami dapat menyokong pelaksanaan inisiatif yang penting ini di Iraq, memandangkan ia benar-benar selaras dengan misi kami untuk mengurangkan risiko kecurian, di mana sahaja ia berlaku.”
Foto – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/05/artifak-sangat-berharga-di-iraq-dilindungi-daripada-kecurian-menggunakan-cap-jari-forensik-smartwater-baharu-1.jpg
Logo – https://mma.prnewswire.com/media/1164930/SmartWater_Foundation_Logo.jpg
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Art Biometrics Computer Software Computer/Electronics Entertainment High Tech Security Travel New products/services Not for profit
Source: PRNEWSWIRE


