
Lineage OS Sudah Tiba Buat Beberapa Model
CyanogenMod, sebuah legasi yang cukup besar, namun sayangnya ia terpaksa berakhir. Selepas CyanogenMod menutup operasi mereka, Lineage OS pula dilahirkan bagi menyambung konsep sistem operasi Android berteraskan komuniti yang akan terus memberikan pengguna pilihan untuk menggunakan sistem operasi alternatif.
Setelah lama menunggu, Lineage OS telah melancarkan sistem operasi mereka. Namun buat masa kini hanya terdapat beberapa model sahaja yang boleh mendapatkan sistem operasi, antaranya adalah Nexus 6P, Nexus 5X, Nextbit Robin dan juga Redmi 1S. Jika anda menggunakan mana-mana peranti yang tersenarai dan ingin mencuba sistem operasi ini, bolehlah muat turun Lineage OS.
Sistem operasi yang ditawarkan buat masa sekarang adalah dalam versi experimental dan nightly, menurut Lineage, versi official akan tiba sekitar hujung minggu ini.

