
Vivo Bakal Perkenal Telefon 5G di MWC?
Seperti yang diketahui, minggu hadapan bakal berlangsung MWC di Shanghai yang mana pelbagai teknologi dan peranti baharu bakal diperkenalkan. Justeru, Vivo turut tidak melepaskan peluang apabila mereka mendedahkan satu gambar ‘teaser’ mengenai produk yang bakal mereka perkenalkan.
Dari gambar tersebut, seperti mereka memberi gambaran bahawa ia bakal memperlihatkan perati 5G keluaran mereka.
Selain daripada telefon, beberapa produk lain turut memberi fokus kepada rangkaian 5G antaranya adalah peranti berhubung (IOT) dan sokongan rumah pintar.
Jadi sama-sama kita nantikan pada minggu hadapan apakah yang bakal dibawakan oleh Vivo!!!