Apple Dikatakan Rancang Pindah Pengilangan Produk Di Malaysia?

Ini satu berita yang menarik apabila dalam satu laporan Nikkei Asian Reiew menyatakan Apple dikhabarkan akan memindahkan pengilangan produk mereka keluar dari China. Menariknya, Malaysia adalah antara negara yang tersenarai dalam pertimbangan mereka bagi menukar pengilangan di negara China tersebut ke Malaysia.

Menurut laporan tersebut, wakil Apple dikatakan telah berbincang untuk memindahkan 15-30% kapasiti pengilangan peranti keluar dari China. Apple akan tetap memindahkan pengilangan mereka di China itu sama ada ia dikenakan tarif oleh Amerika Syarikat ataupun tidak.

Antara negara lain yang tersenarai adalah Indonesia, India, Vietnam dan Mexico. Jadi sama-sama kita nantikan perkembangannya.

You might also like