

Apabila disebut sahaja tentang adiwira, rata-rata daripada kita sudah tentunya akan terfikirkan tentang watak-watak yang terdapat di dalam komik dengan kebolehan kuasa hebat. Sebagai contoh, watak Supergirl dan Wonder Woman mungkin kelihatan seperti wanita biasa, tetapi tanpa disedari mereka ini sebenarnya menggalas tanggungjawab yang sangat besar dalam memastikan keamanan Bumi.
Kedua-dua watak wanita super ini telah menjadi ikon untuk wanita yang kuat dan memiliki dorongan motivasi hidup yang sangat tinggi, dan ini tidak bererti kewujudan mereka hanya di dalam komik sahaja. Tanpa anda sedari, wanita-wanita yang berinspirasi tinggi di dalam bidang masing-masing ini sebenarnya ada di sekeliling kita.
Bagi memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia khususnya golongan wanita di negara ini, Samsung telah menemubual tiga usahawan wanita tentang perjalanan mereka dalam menyahut cabaran bagi menjadikan impian mereka satu kenyataan. Sempena kempen ‘Superwomen of Malaysia’ yang dibentangkan oleh Samsung Galaxy Note8, ketiga-tiga wanita super ini telah berkongsikan kisah dan perjalanan mereka, dengan harapan untuk memberi inspirasi kepada wanita yang ingin memulakan perkara yang lebih besar dan lebih baik. Apa yang menariknya, ketiga-tiga wanita super ini telah memberi kepercayaan kepada Samsung Galaxy Note8 sebagai teman yang dipercayai dalam membantu mereka untuk mengharungi perjalanan yang sangat kompetitif ini.
Nurul Zulkifli

Persaingan sengit adalah antara cabaran yang dihadapi oleh Nurul Zulkifli dalam industri fesyen, namun dia terus menetapkan sasarannya untuk melakukan cabaran yang lebih besar. Berkat usahanya itu, dia telah tampil dengan label fesyennya sendiri melalui jenama MimpiKita. Kerja keras serta ketekunannya dalam mencipta identiti jenamanya sendiri telah membuahkan hasil apabila dia berjaya memulakan kerjayanya di London Fashion Week pada tahun 2015.

Memandangkan industri fesyen pada hari ini sangat dipengaruhi oleh media sosial, Nurul percaya bahawa akaun media sosial yang menarik akan menjadi penyumbang untuk mendorong pelanggan baru dan pelawat ke halaman media sosialnya dan seterusnya akan berkunjung ke butiknya. Melalui sokongan ciri Live Focus dan Pro Mode pada dwi kamera Galaxy Note8, Nurul mampu mengambil dan menyunting gambar rekaan pakaian yang dihasilkannya agar tampil lebih profesional.

Manakala penyediaan S Pen pada Galaxy Note8 juga membolehkan Nurul untuk meneroka kreativiti dan imaginasinya pada bila-bila masa. Ini kerana inspirasi serta idea yang diperolehi dari persekitarannya boleh terus dipersembahkan dalam bentuk lukisan menggunakan S Pen tersebut. Malahan sokongan fungsi untuk melaksanakan pelbagai tugasan seperti App Pair dan juga Multi Window turut membantunya agar kekal produktif.
Cheryl Ann Fernando

Cheryl Ann Fernando kini sedang giat melaksanakan misinya untuk melatih para pemimpin sekolah untuk meningkatkan pembelajaran pelajar dalam masyarakat yang kurang mendapat perhatian di seluruh dunia. Dalam usaha tersebut, dia mahu membantu mengukir minda dan juga menguatkan semangat serta tekad para pelajar. Antara kejayaan terbaik yang berjaya dicapainya adalah membentuk satu pasukan pelajar yang hampir tidak pernah bercakap bahasa Inggeris ke dalam skuad ‘choral speaking’ sehingga berjaya menjadi pasukan terbaik dalam peringkat daerah.

Sebagai seorang pendidik dan juga penceramah motivasi, Cheryl memerlukan banyak persediaan dan juga organisasi. Jadi dengan bantuan Galaxy Note8, dia mampu menyiapkan persembahan dan juga ucapan pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Ia juga sangat berguna dalam membantunya dalam proses mencari maklumat ataupun mencatatkan idea yang difikirkannya. Menurut Cheryl, sokongan fungsi Multi Window juga dirasakan sangat membantu kerana dia mampu mengoperasikan beberapa aplikasi secara serentak.

Keupayaan S Pen untuk menerjemahkan walaupun kata-kata yang paling kompleks juga tidak dapat dinafikan sebagai bantuan hebat untuk Cheryl dalam menghapuskan penghalang bahasa dalam pendidikan. Melalui kemajuan dalam teknologi, Cheryl berkomunikasi dengan mudah dengan pelajar yang berbilang kaum. Menurutnya dengan menggunakan Galaxy Note8, banyak kerja dapat diselesaikan kerana keupayaan Samsung Dex sudah mampu menggantikan fungsi sebuah komputer riba.
Hui Matthews

Kepercayaan Hui Matthews terhadap kepentingan mengekalkan gaya hidup sihat dan dalam masa yang sama mengimbangi komitmen terhadap keluarga serta kerjaya, telah mendorong bila untuk menghasilkan pakaian kecergasan yang bergaya dan berpatutan untuk semua orang. Insipirasi ini bermula setelah dia menyertai perlumbaan Maraton Wanita Malaysia yang pertama pada tahun 2013.

Kerjaya dan kehidupan keluarga adalah dua elemen yang sangat berbeza yang memerlukan dedikasi yang besar, jadi sebagai wanita bekerjaya, isteri dan juga seorang ibu, keperluan untuk melaksanakan pelbagai tugasan pada setiap hari merupakan satu perkara yang perlu ada. Dengan bantuan Galaxy Note8, ia berupaya menyeimbangkan segala keperluan tersebut kerana fungsi Screen Off Memo memudahkan pengambilan nota penting pada bila-bila masa.

Sokongan kapasiti bateri yang tahan lebih lama juga membolehkannya untuk terus bekerja sepanjang hari, tambahan pula kemampuan Galaxy Note8 untuk mengoperasikan beberapa aplikasi pada satu-satu masa. Malah percutian bersama keluarga juga menjadi lebih bermakna dan menyeronokkan kerana setiap detik-detik indah mampu diabadikan dalam bentuk gambar mahupun video dengan menggunakan dwi kamera pada peranti ini.

